Ads 468x60px

Labels

Saturday, September 19, 2015

Bagaimana nak mula perniagaan kiosk di Pusat Beli Belah di Malaysia?

Kebanyakan orang di Malaysia masih bekerja untuk bos-bos. Pernahkan anda fikir nak memulakan perniagaan sendiri. Sebenarnya bukanlah susah sangat nak jadi bos. Salah satu cara adalah menyewa kiosk di Pusat Membeli Belah.





Kebaikan Perniagaan Kiosk di Pusat Membeli-Belah:-

  • Pastinya ada pelanggan-pelanggan yang akan singgah pusat beli belah. Cuaca di Malaysia adalah selalu panas, rakyat di Malaysia memang suka pergi jalan-jalan di shopping mall di mana-mana negeri. 
  • Kiosk yang disediakan sudah hampir 90% siap dan anda hanya perlu membeli besi-besi yang sesuai untuk gantung produk anda. Anda perlu 2-3 jam saja untuk memasang semua besi-besi dan produk. Lepas tu, anda sudah boleh berniaga.
  • Dalam pusat beli-belah, anda tak perlu risau tentang masalah cuaca. Walaupun cuaca di luar panas atau hujan, anda masih boleh berniaga seperti biasa.
  • Hanya seorang pekerja diperlukan untuk menjaga kiosk. Untuk mencari pekerja pun bukan susah sangat. Tanya saja perkerja kiosk yang berdekatan dan mereka pasti boleh rekomen. Kalau tak dapat, berkerja sendiri pun boleh. Untung lebih banyak.
Produk-produk yang sesuai untuk Perniagaan Kiosk:-
  • Produk yang kecil sesuai untuk dipamerkan di Kiosk. Ruang di kiosk memang kecil kalau dibandingkan dengan tapak perniagaan atau kedai. Jadi produk yang kecil memang sesuai sekali.
  • Contoh-contoh produk : Aksesori Perhiasan Wanita, Minyak Wangi, Barang mainan, Aksesori telefon bimbit atau handphone, Jamu-jamu dan sebagainya.
Pilih lokasi yang sesuai :-
  • Untuk perniagaan runcit, lokasi adalah punca yang paling penting untuk menjayakan perniagaan. 
  • Pertama, pilih pusat membeli-belah yang berdekatan dengan rumah anda. Ada kala, apabila ada emergency seperti pekerja sakit, management nak jumpa atau perkara-perkara yang tidak dijangkakan berlaku, anda perlu berada di sana.
  • Pilih pusat membeli belah yang hari biasa pun ada pelanggan singgah. Kalau hanya hari Sabtu dan Ahad saja baru ada orang jalan-jalan, tak payahlah buka perniagaan disitu.
  • Pilih pusat membeli belah yang kebanyakan kedai buka. Kalau ada lebih daripada 20% kedai tutup, maksudnya tempat tu tak begitu ramai orang singgah. Itu sebabnya kedai-kedai 20% tu kena tutup.
  • Selepas dapat pilih lokasi pusat beli belah, kena pula pilih lokasi kiosk di dalam pula. Kalau boleh, buka perniagaan di tingkat "Ground Floor", atau pun tingkat yang ada pintu besar. Biasanya, tak banyak kiosk yang tutup di tingkat bawah. Tingkat paling atas biasanya tak banyak pelanggan yang singgah, jadi tak payahlah bazir masa nak cuba kat situ, walaupun sewanya lebih murah.
  • Selepas memilih lokasi, pergi ke Kaunter Infomasi untuk tanya tentang maklumat lebih lanjut untuk menyewa kiosk.
Setakat ini saja yang saya boleh membantu, untuk seterusnya, terpulang kepada anda sendiri untuk menentukan nasib perniagaan. Anda memerlukan banyak masa, berdedikasi dan komitmen untuk menjayakan perniagaan anda sendiri. Tak kira perniagaan apa pun sama.

PM Borong adalah pemborong aksesori wanita dari Pusat Borong GM Klang.

0 comments:

Post a Comment