Ads 468x60px

Labels

Friday, July 29, 2016

Memulakan Perniagaan Aksesori Wanita di Malaysia

Ya. Memang bukan senang untuk memulakan perniagaan. Kebanyakan orang pun berfikir begitu, tetapi betul ke susah sangat nak buat bisnes sendiri? Kalau bertekad, mesti ada caranya.

Salah satu caranya adalah menjual aksesori wanita. Jangan salah faham ya, bukannya nak buat promosi saja, tetapi memang betul-betul ramai peniaga suka jual aksesori wanita. Kalau tak caya, pergilah mana-mana pasar malam, shopping center atau mana-mana saja yang ada tempat jual barang. Mesti ada yang jual aksesori wanita.

Aksesori wanita, biasanya tak dapat dibandingkan harganya kerana terdapat pelbagai bentuk dan material yang digunakan pun banyak yang berbeza. Jadi, bukan senangnya pelanggan dapat membandingkan barang yang sama dalam tempat yang sama. Contohnya, customer A, suka sangat rantai tangan gerai awak, tapi nak bandingkan harga di gerai-gerai lain sebelum beli, tapi selepas berjalan semua gerai aksesori lain pun tak dapat cari yang sama. Akhirnya, akan beli juga dari gerai awak.

Kepada sesiapa yang faham maksud di atas, akan faham bahawa harga boleh ditetapkan dengan berpatutan dan tak semestinya jual murah kerana nak merebut pelanggan dengan perang harga. Memang tidak disyorkan untuk membuat perniagaan begitu kerana hanya akan merendahkan keuntungan dan akhirnya sukar untuk membayar kos tetap seperti gaji dan sewa. Setiap perniagaan mesti membawa keuntungan, kalau tidak, jangan berniaga ya.

Itu saja yang saya boleh berkongsi untuk kali ni, semoga berjaya!

1 comments: